Selasa, 1 Jun 2010

SERIES - TAN & TUN

INT - CYBER CAFE - AKU,EXTRA RAMAI GILA - SIANG



TEASER - Rumah aku lom ada internet..register dah lama dengan stremyx tetapi entah laa..bila boleh diorang pasang dirumah aku..benci tul,..

TAN &TUN Drama series komedi pertama aku untuk Astro Warna. Tan Tun di terbitkan oleh AMC..idea dan konsep asal pun dari AMC sendiri...Tan Tun adalah karya ketiga aku bersama AMC selepas Biar putih tulang jangan putih mata dan Isteri buat ayah.

Tan Tun mengisahkan dua watak penghasut dan tukang pemberi nasihat (Tan -Syaitan, Tun - Santun), mereka wujud didalam diri Azman yang hidupnya kucar kacir sehingga dia berjaya.

Sebenarnya watak Azman ni adalah 50% watak diri saya yang sebenarnya...he..he..jadi tonton lah ya..


Tan Tun akan ditayangkan Mulai 3 June 2010, setiap khamis 9.00 malam di astro warna..

CUT TO

INSERT IKLAN-TAYANGAN BULAN JUNE - TAN & TUN(mulai 3 June, 9 malam khamis di astro warna)... Telemovie SAYAU DI KAPIT(5 June, 3 petang Sabru di RTM1)....TIRAI SEMALAM (Setiap Sabtu dan Ahad, 11 pagi di TV9)..semuanya skrip ditulis oleh saya..selamat menonton..

Jumaat, 28 Mei 2010

TELEMOVIE - SAYAU DI KAPIT

SAYAU DI KAPIT

INT - RUMAH BARU - RUANG TAMU - AKU DAN HOUSEMATE - SIANG

Adalah telemovie pertama yang saya tulis dalam bahasa melayu tetapi di translate kedalam bahasa Iban. Sayau Di kapit adalah telemovie khas sempena perayaan Hari Gawai.

Susah juga menulis skrip ni..maklumlah mana saya tahu sangat kebudayaan bangsa Iban, tetapi hasil dari pembacaan,penceritaan,rujukan internet dan buku. Akhirnya telemovie ini siap dalam jangka masa 3 hari sahaja. Tetapi sebanyak 5 draft diperlukan untuk menjadikan telemovie ini kena dengan pesta gawai.

Tayangan adalah pada hari Sabtu 3.00 petang di RTM1 (slot Panggung 1) 5 June 2010.

Selamat menonton.

Selasa, 11 Mei 2010

TAYANGAN - TIRAI SEMALAM


TIRAI SEMALAM
Bermula : - 1 Mei ~ 25 Julai 2010(26 Episode)
Waktu Tayangan : - 11.00 a.m ~
11.30 a.m (setiap Sabtu dan Ahad)
Siaran : TV 9

Sabtu, 8 Mei 2010

TAYANGAN BULAN MAY

Saksikan setiap Sabtu dan Ahad sebuah DOKUDRAMA bertajuk TIRAI SEMALAM pukul 11.00 pagi di TV9..
dan
TELEMOVIE: SALAM TERAKHIR 9 May 2010, di astro Prima. 9.30 mlm...( Karya terbaru dari
saya, selamat menonton)

Sabtu, 10 April 2010

TANGISAN SYUKUR

INT-RUMAH AKU - BILIK -AKU - MALAM

Tangisan Syukur Skrip ke3 yang saya tulis pada tahun 2008 akhirnya keluar jugak di TV2 tadi (9 April Slot Citra pukul 10 malam..Alhamdulilah.. (sekarang dah masuk 23 skrip dah saya tulis setelah hampir 3 tahun terjebak bidang penulisan skrip)

Tangisan syukur saya dapat ilham semasa saya bekerja di sebuah Hotel di KL (front Office)..saya ternampak budak autisme terus saya kaji tentang sindom itu dan buat cerita.

Dah lama menulis pada tahun 2008...banyak jugak dugaannya. Sebab orang baru nak masuk RTM memang susah..banyak kali kena rombak skrip..maklumlah baru belajar menulis masa tu.. penerbit juga tukar dari Ulek Urai kepada Jelas Juta atas sebab-sebab yang saya tak tahu.

Puas hati jugak la..tengok hasilnya.. walau bagai mana pun saya tetap akan terus belajar meningkatkan kualiti..

CUT TO

Isnin, 22 Mac 2010

TARIKH TAYANGAN


TELEMOVIE ANAK-ANAK LORONG

28 MARCH 2010

10.30 MALAM DI ASTRO PRIMA

Sabtu, 20 Mac 2010

SEKOLAH

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - SIANG


FACE BOOK

Mmmmmm..baguih dok ada laman web sosial ni rupanya., Boleh jumpa kawan kawan lama dari sekolah rendah sampai menengah...bestnya.
Ini sekolah2 saya yang ada page di Face Book.

INSERT - LOGO SRKST



Ini sekolah rendah. Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Tunjung. (Darjah 1 - 6) 1985 - 1990

Masa aku belajaq di sekolah ni, pencapaian aku memang menakjubkan, mana tak nya bila ada peperiksaan aku selalu dapat bottom 5..(BUKAN TOP 5 tau)...no 5 dari belakang..huhu..tapi kalau bab Lukisan aku markah paling tinggi. Sampai aku dilantik menjadi President Kelab seni Lukis..waa cakap Lu.. pernah mengadap Raja perlis terima Hadiah (dapat No 3 pertandingan melukis peringkat kebangsaan ketegori sek rendah je laa).

Kalau bab sukan..mmmm..sedih sikit...malu lah nak cerita...mana tak nya..selama 6 tahun aku masuk sukan hanya pernah menang pertandingan lari dengan tali skipping je...huhu...(tapi pingat emas tau..(makan hati budak perempuan) ahhahaha

Pernah jadi pengawas..tapi best nya nama aku yang paling banyak tercatat dalam report guru pengawas...nak tau kesalahan apa? Aku yang paling bising dalam kelas...hahahahah..





INSERT - LOGO SMTS

Ini sekolah Menengah . Sekolah Menengah Tengku Sulaiman (tingkatan 1 - 3 tahun 1991 - 1993)

Masa aku belajaq disekolah ni pun tak banyak sangat yang aku ingat dah. Yang aku ingat aku masih selalu dapat bottom 3 jika ada peperiksaan. Masuk kelas sains Tulin tapi subjek Sains tak tulin pun..selalu merah

Tapi yang penting..markah periksaan subjek lukisan aku tetap tertinggi tak pernah dapat bawah dari 90%..kalau subjek lain terutamanya matematik berpeluh nak dapat atas 40% pun. Kalau bahasa Melayu lagi laa..selalu atas pagar..macam mana aku boleh jadi penulis skrip pun entah laaa..hahahah.

Tapi bila periksa PMR aku buat kejutan..sebab budak yang selalu jadi Bottom 3 selama 3 tahun berturut-turut boleh jadi juara..juara apa? aku jadi BEST STUDENT PMR..Mak aku, cikgu-cikgu aku macam tak percaya....aku pun tak percaya.. mak aku pun datang lah terima hadiah dan Sijil bagi pihak aku...bangga jugak aku..

Tapi ada peristiwa sedih jugak, sebab masa aku ambil periksa PMR tulah abah aku meninggal dunia. Sakit jantung..sebab tu aku semangat lebih kot nak jadi Best Student of the year..


INSERT - LOGO - KSAH
Ini Sekolah Menengah Jugak. Kolej Sultan Abdul Hamid. (tingkatan 4 - 5 tahun 1994 - 1995)

Masa aku datang sekolah ni, tak banyak sangat yang bestnya..sebab aku adalah pelajar yang paling skema... Tapi aku jadi pengawas perpustakaan jangan marah..budak skema lah katakan.

Aku belajar Sains 1, kelas sains tulin..tapi macam biasalah..aku tetap masuk pertandingan melukis..pernah dapat no 3 mewakili negeri Kedah..

Masa disekolah nilah aku dimalukan oleh cikgu aku...huhuhu...mana taknya aku dipaksa bersyair diatas pentas semasa perhimpunan..malunya tuhan saja yang tahu..basah baju aku dengan peluh. Tapi bagus jugak itu. inilah lah ayat-ayat permulan aku minat dalam bidang sastera.

SPM aku boleh tahan laa..Gread 1...aku pun masuk Uitm lepas tu..itu je laaa..


Masa di Uitm lah aku mula terjebak dengan menulis skrip teater sains..menang persembahan teater terbaik tau..selain itu aku mula menulis untuk majalah Uitm...he..he..tapi bahasa berterabur laa..lepas tu berangan nak masuk Akademi TV3 tapi mahal lah pulak..huhu..terus tak jadi..

Terus kerja....

Kalau ada yang kenai-kenai tu..boleh lah kita berjumpa noh..nak jugak jumpa member-member lama.

CUT TO
Blog Widget by LinkWithin